Monday, August 24, 2015

Filled Under:

Akhirnya , Ke Hulu Ke Hilir Bersama . Nora Dan Nedim Nazri Akhirnya Berpisah Jua .


Pelakon popular Nora Danish, 33, mengesahkan dia sudah berpisah dengan kekasihnya Nedim Nazri.
Nora ketika dihubungi Harian Metro berkata, keputusan itu dibuat atas dasar kesepakatan dan kebaikan bersama.


Terdahulu, berita mengenai perpisahan Nora dengan Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz tersebar di Internet hari ini namun tiada pengesahan daripada pelakon terbabit.

"Benar. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang berhubung penyebaran berita itu.
"Keputusan ini dibuat atas dasar kesepakatan dan kebaikan bersama," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro, petang tadi.

Nora bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai punca perpisahan itu.
Kebelakangan ini, merpati dua sejoli yang terbuka mengenai hubungan cinta mereka tidak lagi memuat naik foto-foto mereka bersama di Instagram.

Kali terakhir Nora memuat naik foto mereka berdua yang turut disertai ahli keluarga serta penyanyi hip hop, Joe Flizzow ialah kira-kira tiga minggu lalu ketika mereka mengunjungi restoran di Subang Jaya, Selangor.






0 comments:

Post a Comment