Sunday, August 23, 2015

Filled Under:

Sadis ! Lelaki Ini Menderita Seumur Hidup Selepas Tindik Telinganya


Jangan pandang enteng dengan tabiat suka menindik di bahagian badan kerana ia sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan.
Andrew Roberts, kini terpaksa menerima hakikat bahawa hidupnya berubah selepas kedua-dua telinganya ditumbuhi tumor atau keloid, hanya selepas 11 tahun dia menindik bahagian itu.
Keloid Andrew semakin hari semakin membesar dan kos untuk membuangnya dianggarkan lebih daripada $30,000 dolar.
Dia pernah menjalani pembedahan namun keloid itu tetap membesar.
Radiasi juga diperlukan bagi memecahkan keloid berkenaan.
“Keadaan ini memberikan kesan yang cukup besar kepada saya dan ada kalanya saya berputus asa.
“Saya terpaksa memakai penutup kepala ketika keluar rumah, jika tidak orang ramai akan memandang saya dengan perasaan pelik. Malah ada yang ketawa pada saya,’’ katanya.




0 comments:

Post a Comment