Saturday, August 22, 2015

Filled Under:

Inilah Kisah Pemuda 'JUMPA SEKALI TERUS KAHWIN' Yang VIRAL Di Laman Sosial



Lelaki ini kongsikan kisah bagaimana dia ditemukan dengan isterinya dan perjalanan mereka untuk mendirikan rumah tangga dengan cara yang amat mudah. Mereka melangsungkan perkahwinan seringkas yang mungkin dengan memberi keutamaan pada perkara yang wajib dan tak perlu untuk keluarkan banyak kos.




Sebelum ini mereka tak pernah kenal antara satu sama lain, hrmm kalau dah namanya jodoh tak kiralah berapa lama kita kenal, siapa orangnya, cantik ke tidak bila dah ditetapkan oleh Allah S.W.T dia untuk kita, dia tetap kita punya.

Marrying A Stranger
Aku tahu, ramai yang terkejut dengan cerita pernikahan aku ni. Aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya je yang jodoh aku dipermudahkan semacam ni. Well, berpuluh jugak la program ‘cari jodoh’ yang aku attent, dan belum kira beribu reject case yang aku lalui sebelum tergerak hati untuk daftar baitulmuslim. Kata orang, jodoh yang baik bertemu ditempat yg baik. Maka tak perlu feel loser sangatlah bila daftar baitulmuslim.

Tergerak Hati Untuk Daftar Baitulmuslim
Dipendekkan cerita, dalam tempoh ta’aruf, isteri baru saja habis HO dan sedang menunggu placement baru. Lazimnya, placement akan ditempatkan mengikut penempatan suami. Bertitik pada alasan inilah mendorong kami untuk percepatkan pernikahan. Dengan harapan, tak perlulah PJJ lama sangat lepas nikah nanti.


Ketepikan Soal Status, Mulut Masyarakat Dan Adat.

Dan, dalam tempoh sebulan setengah dengan bajet yang terhad, kami putuskan buat majlis seringkas mungkin. Kami ketepikan soal status, mulut masyarakat dan adat. Setidaknya, kami cuba membuktikan nikah itu mudah semacam yg dicanangkan ustaz-ustazah YouTube. Weekend pun boleh buat, tak perlu tunggu lama sambil bermaksiat menunggu tarikh keramat.


Alhamdulillah, Majlis Lancar Dengan Sekali Lafaz

Alhamdulillah, majlis lancar dengan sekali lafaz walaupun ianya baru kali kedua aku berdepan dengan isteri. Nak lirik mata pun segan, apatah lagi berpimpin tangan, rasa bergetar satu badan. Tapi, bab mengantuk cepat saja terasa. Itu pasallah terbiar cerita tergantung lama, eh.


Nikah Itu Mudah Kalau Ikut Sunnah

*Maka, diharap cerita ini bukan sahaja menjelaskan pernikahan ekspress kami, malah boleh dijadikan sebagai teladan bagi meyakinkan masyarakat bahawa nikah itu mudah kalau ikut sunnah. Majlis walimah akan diumumkan kemudian, Insyaallah. 


Sumber : Facebook Jebat Fadlysham






0 comments:

Post a Comment